VIDEO


LATAR BELAKANG

         Kapt(B)Azhar Bin Awang dilahirkan pada 8 Mac 1963 di Pasir Puteh, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Gaal di Pasir Puteh dan meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamil di bandar tempat kelahirannya.

         Minatnya yang mendalam dalam bidang ketenteraan membuatnya terus memohon untuk memasuki Sekolah Pegawai Kadet sebaik sahaja tamat persekolahan peringkat STPM.Beliau ditauliah sebagai Pegawai Tentera dengan pangkat Leftenan Muda pada tahun 1984 dan ditempatkan dalam Kor Rejimen Askar Melayu Diraja. Setelah sepuluh tahun berkhidmat dalam bidang tentera, beliau bersara pada 1994. Jawatan terakhir beliau adalah Pegawai Staf 3 Logistik di Markas 6 Briged, Sungai Petani, Kedah.

         Beliau yang dilahirkan dalam keluarga yang menceburi bidang perniagaan kemudiannya mula bejinak-jinak dalam bidang ini. Selama dua tahun beliau telah menjadi pembekal daging dan makanan beku ke semua kem tentera di utara tanah air.Walau bagaimanapun, kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia menyebabkan beliau beralih arah ke bidang insuran. Dalam industri Takaful, pada tahun 2003/2004 beliau telah dinobatkan sebagai MDRT(Million Dollar Round Table) dengan mengumpul kes biro terbanyak/ prospek seramai 2,500 orang dalam tempoh tiga tahun.Di sini juga pada keseluruhan 'ranking ke tujuh untuk Nation wide' dan mendapat tajaan daripada syarikat ke Auckland, New Zealand selama satu minggu pada tahun 2004.

           Kapten(B)Azhar juga adalah seorang pengurus Takaful. Di sini beliau juga telah menghasilkan sebuah buku panduan untuk Agen Takaful dan Insuran. Tajuk buku tersebut ialah 6m+3P=2P dan buku tersebut dijual secara atas talian di www.rahsiainsuran.com. Hubungan kemanusiaan adalah satu perkara yang amat menarik minat beliau. Sehubungan itu, beliau telah menghabiskan masa lebih 3 tahun untuk mempelajari dan mendalami bidang Hubungan Pembangunan Kemanusiaan dan telah memperolehi Sijil Asas Pakar Psikologi/Aktivator daripada mentor beliau iaitu Profesor Dr. Abdul Zaman Mansur. Justeru. beliau telah menubuhkan syarikat konsultan atas bimbingan mentor beliau. Faktor yang paling utama bagi Kapten(B)Azhar untuk menceburi bidang ini kerana ianya dapat menyumbang sedikit ilmu kepada semua ummah dalam mempertingkatkan semangat jati diri dan keunggulan ummah.